Wednesday, December 29, 2010

♥ Cara mengukur saiz PB anda (^_^)



Bagi yang sememangnya menyimpan hasrat memiliki PB, bolehlah mengukur badan untuk menentukan saiz PB anda.....

Caranya amat mudah, hanya 4 langkah penting! Catatkan ukuran dalam CM.


1. Ukur bahagian puncak payudara.


2. Ukur bahagian bawah payudara/dada


3. Ukur pinggang


4. Ukur bahagian puncak punggung

Penting! 
Pastikan ukuran yang diambil tidak terlalu ketat ataupun longgar, biarla sedang elok mengikut saiz badan. 

Hasil ukuran tadi bolehlah dihantar kepada Sha samada melalui email/PM di FB/sms/form di atas bagi menentukan saiz PB yang bersesuaian dengan anda beserta harganya.

Berminat? 
Blh hubungi sha di 013 - 582 2505 or email littleonestore@yahoo.com, or bln PM di Facebook or blh juga isi form di atas dan sha akan hubungi anda segera!


Wednesday, December 22, 2010

♥ PB vs Slimming Center


Hi beautiful readers,


Hari ni sha nak kongsikan perbandingan antara pemakaian Prmeium Beautiful [PB] dan perkhidmatan Slimming Center. 


Tidak dinafikan, perkhidmatan yang disediakan di SC berkelas tinggi dan pastinya memerlukan pelaburan yang besar! Malah ada juga kes di mana pengguna tidak berpuas hati dengan perkhidmatan hinggakan menyaman pusat kecantikan.




Mari kita baca perbandingan ini dan renung-renungkanlah... (^_^)


Premium Beautiful
Slimming Center


PB fokus pada dua matlamat utama iaitu KECANTIKAN [30%] dan KESIHATAN [70%].


Pemakai akan mendapat 100% kombinasi sihat, cergas dan lansing cantik bersama PB!



Perkhidmatan SC hanya fokus kepada SLIMMING sahaja, tidak menjurus kearah kesihatan seperti membantu masalah kesihatan wanita sperti sengugut, tulang belakang dan sebagainya. 


Hasilnya dapat dilihat serta merta apabila pemakai mengenakan PB, ia akan menampakkan BODY SHAPE pemakai dan akan rasa MANTAP dan YAKIN!



Dah selesai sesi rawatan, akan dilihat/ rasa perubahan..


Pelaburan/belian hanya SEKALI SEUMUR HIDUP!! Warranty pun seumur hidup. 





Ulangan rawatan berkali-kali mengikut sesi yg ditetapkan. Meaning, kalau lepas rawatan berat naik, kena keluar lagik perbelanjaan..


Rawatan kecantikan dan kesihatan dilakukan setiap hari (tanpa sedar) kerana pemakai mengenakan PB selama 8 jam sehari..



Rawatan kecantikan (sahaja) hanya dirasai bila pergi ke SC.


Tidak perlu DIET!! 
Pemakaian PB secara automatik akan mengawal pengambilan makanan/selera pemakai! Secara tidak lansung, menjadikan portion dalam perut semakin kecil dan pengambilan makanan automatik kurang. 



Terlampau banyak pantang larang kerana ia majoriti berkhidmat as perunding. Jadual pemakanan amat ketat! Dan disebabkan dah keluarkan kos mahal, mestila nak kena ikut kan.. 


PB mampu membakar 900 kalori sekadar dengan pemakaian selama satu jam! Jika berlari 30 minit pun hanya membakar 350 kalori!



Kalori hanya dibakar semasa pelanggan menjalani rawatan di SC sahaja... 


Produk ini produk ABANG SAYANG!
Mencantikkan (body curve), menyihatkan, merapatkan, memantapkan, dan menggembirakan!!! PERCAYALAH!!



Belum lagi dengar orang kata hasil SC ni "ABANG SAYANG". 



Itu antara 'rahsia kehebatan' PB yang sha kongsikan untuk renungan. Pastinya kita as wanita, isteri dan ibu akan membuat pilihan BIJAK yang MENGUNTUNGKAN!!


Berminat? 
Blh hubungi sha di 013 - 582 2505 or email littleonestore@yahoo.com, or bln PM di Facebook or blh juga isi form di atas dan sha akan hubungi anda segera!




Monday, December 20, 2010

♥ Cara Pemakaian Premium Beautiful


Bagi memastikan kita merasai keberkesanan maksimun pemakaian PB, kita perlu mengikuti tertib pemakaian seperti yang disarankan. Sekiranya PB tidak dipakai dengan sebaiknya, ia mungkin mengakibatkan :

  • Rasa tidak selesa kepada pemakai
  • Sakit badan
  • Kurang berkesan untuk membentuk bandan (cutting body)
  • Merosakkan set PB secara fizikal

Pemakaian PB dimulakan dengan Long Girdle [LG], Long Bra [LB] dan akhir sekali Waist Nipper [WN]. Langkah demi langkah pemakaian setiap bahagian seperti di bawah :



(1) Lipatkan bahagian pinggang  dan kaki long girdle [rujuk rajah.1]

(2) Sarungkan seperti memakai seluar dalam biasa

(3) Masukkan tangan di bahagian punggung dan tarik lebihan lemak dari bahagian peha hadapan & peha belakang (bahagian ini biasanya akan berbonggol) ke atas (iaitu masuk ke bahagian punggung) 
*langkah ini akan membawa lemak-lemak di bahagian peha ke bahagian punggung yg secara tidak lansung memantapkan punggung dan mengecilkan peha*

(4) Perbetulkan kedudukannya agar selesa.



(1) Tundukkan badan 90 darjah (bengkokkan sedikit badan seperti rajah 1) dan sarungkan bra ke badan. Letakkan payu dara ke dalam cawan bra (pastikan semua daging payudara , lelemak masuk dengan elok ke dalam cup bra)

(2) Pasangkan/kenakan semua cangkuk di bahagian belakang.

(3) Masukkan tangan melalui cup bra (seperti rajah 3), tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang serta bawah ketiak dan bawa ke hadapan (masukkan ke dalam cawan bra). Ulang langkah ini hingga lebihan lemak semua dimasukkan ke dalam cup bra. 

(4) Laraskan tali bra supaya dapat kedudukan yang selesa. Kemaskan kedudukan cup bra agar ianya kejap dan selesa. 

(5) Betulkan kedudukan dengan menarik bahagian bawah long bra.




(1) Pastikan kedudukan batu permata (diamond) terletak di tengah dada. Pasangkan/kenakan kesemua cangkuk, perhatikan rajah 1, cangkuk WS terletak di tulang rusuk kiri badan.

(3) Betulkan kedudukannya.

(4) Pegang tali dengan kedua-dua tangan. Tarik tali pelaras hingga rasa selesa dan tahan nafas. Jika perlu, blh kemaskan tali dengan menyimpulnya (1 kali sahaja dan pastikan simpulan itu mudah dibuka) 
*ini untuk merampingkan pinggang*

(5) Ikatkan tali di bahagian hadapan dan cangkukkan mengikut keselesaan. Perbetulakan kedudukan WS mengikut keselesaan.

TIPS/PERINGATAN :
  • Kali pertama memakai PB, mungkin akan terasa agak ketat dan sukar, namun jika PB dipakai setiap hari, proses pemakaiannya akan makin mudah dan senang! Seperti kita memakai pakaian dalam biasa seharian.
  • PB Perlu dipakai sekurang-kurangnya 8 jam sehari bagi memperolehi kesan MAKSIMUM dari segi KESIHATAN dan juga KECANTIKAN.
  • Jangan mudah rasa jemu dan mengalah mengenakan PB kerana berkat kesabaran pemakaiannya akan dapat dirasai dengan impak MAKSIMUM! Percayalah!!

 Berminat? 
Blh hubungi sha di 013 - 582 2505 or email littleonestore@yahoo.com, or bln PM di Facebook or blh juga isi form di atas dan sha akan hubungi anda segera!

Thursday, December 16, 2010

♥ Impian Setiap Wanita


Memiliki bentuk badan yang menarik!

Set Premium Beautiful (PB) boleh membantu menjadikannya kenyataan!

Berminat? 
Blh hubungi sha di 013 - 582 2505 or email littleonestore@yahoo.com, or bln PM di Facebook or blh juga isi form di atas dan sha akan hubungi anda segera!

Tuesday, December 14, 2010

♥ Part I : Kanser



Nearly 70,000 new cases reported over two years; breast cancer remains the biggest threat

Nearly 70,000 new cancer cases were diagnosed among Malaysians in Peninsular Malaysia between 2003 and 2005, according to a report released in early 2008 on the incidence of the disease in West Malaysia.

The Cancer Incidence in Peninsular Malaysia 2003-2005 report, published by the National Cancer Registry (NCR), states that the total 67,792 new cases were diagnosed among 29,596 males (43.7 per cent) and 38,196 females (56.3 per cent). The annual crude rate for males was 100.2 per cent per 100,000 population, and 132.1 per cent per 100,000 for females.

The most frequent cancer during this period in Malaysians was breast cancer (18 per cent) followed by large bowel cancer (11.9 per cent) and lung cancer (7.4 per cent).




The most frequent types of cancer worldwide (in order of the number of global deaths) are:
  • Among men - lung, stomach, liver, colorectal, oesophagus and prostate
  • Among women - breast, lung, stomach, colorectal and cervical.
...............................................................................................................................

Tidak dinafikan, kematian disebabkan kanser semakin meningkat. Kanser payudara dan kanser pangkal rahim merupakan kanser yang sering menyerang kaum wanita. 


Premium Beautiful (PB) dengan sinaran FIR boleh membantu mengesan kanser dengan cepat. Pemakaian PB selama 8 jam mampu menunjukkan simptom-simptom kanser jika ianya ada wujud dalam badan pemakai. 


Pertama : Ia dapat dikesan dengan meneliti air basuhan set PB anda kali pertama, perhatikan kategori air basuhan di bawah :
  • Air basuhan berwarna KERUH / BIASA - normal
  • Air basuhan berwarna HITAM - menandakan TOKSIK terlalu banyak di dalam badan. Air yang berwarna hitam menandakan proses NYAH TOKSIK sedang belaku.
  • Air basuhan berwarna MERAH - SEGERALAH BERTINDAK! Jumpa doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut kerana ini menandakan ada tanda-tanda awal penyakit kanser di dalam tubuh anda!!
Kedua : Amati perubahan tubuh anda
  • Jika anda merasa sakit atau tidak selesa di kawasan payudara selepas mengamalkan pemakaian PB seperti disarankan (8 jam sehari), maka bertindaklah dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP) dan jika ada ketulan/benjolan. Segeralah berjumpa doktor. 
  • Jika terasa tidak selesa di kawasan rahim, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Ingatlah, kanser boleh dirawat jika dikesan AWAL!! Jadi, sayangi diri anda, melaburlah untuk berusaha mengekalkan kesihatan!

Berminat? 
Blh hubungi sha di 013 - 582 2505 or email littleonestore@yahoo.com, or bln PM di Facebook or blh juga isi form di atas dan sha akan hubungi anda segera!

Friday, December 10, 2010

♥ Harga Premium Beautiful


Harga Sepasang Premium Beautiful 
(Full Set : 3 pieces)
Kaedah bayaran : 
BAYARAN PENUH secara
♥ TUNAI
♥ KAD KREDIT
Saiz KecilSaiz Besar
RM 1971.60
RM 2167.90


Kaedah bayaran
ANSURAN
♥ TUNAI @ RM 100/ sebulan
♥ KREDIT KAD dari RM 148/ sebulan
Saiz KecilSaiz Besar
RM 2400.00
RM 2600.00


Harga Premium Beautiful
mengikut jenis.
Long BrassiereWaist NipperLong Girdle
Pieces / Saiz








Normal
RM 780RM 676RM 910
Extra
RM 858RM 743RM 1000


Berminat? 
Blh hubungi sha di 013 - 582 2505 or email littleonestore@yahoo.com, or bln PM di Facebook or blh juga isi form di atas dan sha akan hubungi anda segera!

Wednesday, December 8, 2010

♥ Rahim jatuh jejas hubungan kelamin


RAHIM, merupakan bahagian trek pembiakan wanita di dalam pelvis yang disokong oleh pelbagai otot, tisu dan ligamen agar tetap pada kedudukan asalnya.

Kewujudannya khusus untuk membenarkan embrio melekat pada dinding dalamnya dan membekalkan makanan yang berkhasiat kepada janin yang sedang membesar dari darah ibu.
Rahim yang tidak hamil berbentuk buah pear berukuran kira-kira 7.5 sentimeter panjang dan terampai di dalam kaviti pelvis.

Bahagian atasnya disambungkan ke dua tiub fallopio manakala bahagian bawahnya pula menyambungkan faraj kepada serviks.  Ada ketikanya, proses kehamilan dan kelahiran ataupun sebarang kesukaran yang dialami ketika bersalin menyebabkan otot-otot lantai pinggul menjadi lemah.

``Kehilangan hormon estrogen secara semula jadi menyebabkan rahim seseorang wanita itu jatuh ke dalam faraj dan kadangkala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini dikenali sebagai rahim jatuh (prolaps) di mana rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj,'' kata Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan sebuah hospital swasta di Pulau Pinang, Dr. Suresh Kumarasamy.

Walaupun prolaps tidak mengancam nyawa namun keadaannya yang teruk berupaya menjejaskan kualiti kehidupan pesakit seperti mengalami kesukaran berjalan.

Prolaps merangkumi beberapa peringkat:
* Peringkat awal; hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa
* Peringkat kedua; pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj
* Peringkat akhir; keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj turut dikenali sebagai tombong.

Ada pelbagai faktor yang menyumbang kepada prolaps terutamanya disebabkan oleh faktor usia dan proses melahirkan anak.

``Selepas menopaus, proses atropi atau kekecutan pada tisu, ligamen dan otot dalam jangka panjang akan menyebabkan prolaps akibat ketandusan hormon estrogen. Prolaps yang teruk sering berlaku pada wanita berusia lebih 60 tahun yang mengalami menopaus,'' katanya.

Kekurangan hormon yang menimbulkan kelemahan pada otot dan ligamen peranakan juga, ujar beliau, boleh berlaku ekoran pembedahan pembuangan ovari akibat penyakit-penyakit tertentu.

Selain itu, kata Dr. Suresh, kehamilan dan kelahiran juga boleh menyebabkan berlakunya kekenduran atau kelemahan pada semua tisu di sekeliling peranakan, khususnya otot lantai punggung yang biasanya memegang faraj dan mendukung rahim.

``Kelahiran yang memakan masa lama dan sukar sehingga memerlukan ibu meneran dengan kuat mungkin menyumbang kepada berlakunya prolaps.  Kelahiran normal atau menggunakan alat bantuan seperti penyepit iaitu forsep atau vakum juga berupaya merosakkan ligamen-ligamen dan otot di sekeliling faraj,'' katanya.

Faktor lain termasuklah kekoyakan semasa bersalin yang tidak dijahit terutamanya jika wanita bersalin di rumah.

Dr. Suresh berkata, bebanan yang berlebihan seperti semasa kehamilan mahupun ketumbuhan fibroid sekali- pun kecil, mampu memberikan tekanan kepada rahim untuk jatuh ke bawah.

Malah, ujarnya, tekanan pada perut yang dicetuskan oleh batuk kronik, sembelit, mengangkat bebanan yang berat serta obesiti turut menjadi penyumbang prolaps.  Dalam pada itu, sesetengah wanita akan mengalami masalah ini jika ada di kalangan saudara-mara mereka khususnya ibu, ibu saudara atau nenek mengalami masalah yang sama.  Kekenduran atau kelemahan otot dan tisu ini juga boleh dipengaruhi oleh tahap pemakanan dan kesihatan pesakit yang agak rendah berbanding mereka yang sihat.

Wanita yang mengalami masalah otot-otot rahim yang kendur boleh mengalami beberapa gangguan lain seperti:

* Gangguan kencing; kerap kencing, sukar hendak kencing dan paling ketara adalah sulit mengawal kencing di mana air kencing keluar dengan sendirinya.
Contohnya apabila bersin, batuk atau sebarang peningkatan tekanan dalam perut seperti ketawa berdekah-dekah, semput, batuk kronik dan lain-lain.

* Menjejaskan hubungan kelamin; kelonggaran faraj khususnya pada otot yang memegang faraj iaitu otot lantai punggung mengakibatkan kekuatannya untuk mencekang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit.

* Ketidakselesaan kerana rahim terkeluar daripada farajnya ketika berdiri atau banyak berjalan

* Sakit pinggang; rahim yang jatuh menarik otot dan turut menarik bersamanya urat di bahagian pinggang

* Gangguan kesihatan; dalam kes prolaps yang teruk di mana keseluruhan rahim terkeluar, sering kali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka.
Luka ini sering kali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.

Dalam jangka panjang, ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan malah ada sesetengah kanser pangkal rahim timbul daripadanya.

Dr. Suresh ditanya mengenai rawatan ataupun langkah pencegahannya berkata: ``Pencegahan terbaik adalah dengan tidak mempunyai anak tetapi sudah tentu ini bukanlah satu saranan yang praktikal kerana semua wanita inginkan zuriat.  Mengelakkan tempoh bersalin yang berlanjutan dan peralatan bantuan seperti forsep dan vakum mungkin langkah yang terbaik,'' katanya.

Beliau berkata, tisu badan khususnya tisu ligamen dan otot yang memegang faraj dan rahim yang menjadi longgar dan lemah selepas proses kehamilan dan kelahiran sememangnya tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun, pemulihan, walau tidak seratus peratus, boleh dicapai jika seseorang wanita itu mengamalkan senaman menguatkan otot-otot di sekeliling faraj dan lantai punggung seperti senaman kegel.

Di kalangan wanita Barat khususnya golongan profesional dan berpelajaran tinggi, menguatkan otot perut dan lantai punggung ketika hamil dan selepas bersalin sudah menjadi satu tabiat.  Senaman ini boleh dilakukan sewaktu hamil dan sejurus selepas bersalin tanpa perlu menunggu setelah habis tempoh berpantang.  Otot di sekeliling faraj akan menjadi lebih kuat seperti sedia kala jika diamalkan dalam kehidupan seharian.

Selain itu, kata Dr. Suresh, terapi penggantian hormon yang digunakan oleh wanita menopaus yang mengalami proses atropi juga dapat mengurangkan berlakunya prolaps.

``Rawatan prolaps bergantung kepada tahap keterukannya di mana pada tahap yang lebih lewat, hanya pembedahan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah kekenduran faraj dan prolaps. Contohnya, pembedahan histerektomi atau Manchester untuk membuang rahim melalui saluran faraj, biasanya disertai dengan pembetulan dinding depan dan belakang faraj,'' katanya.

Kes-kes prolaps yang teruk mahupun di kalangan wanita yang telah meningkat umur juga membabitkan pembedahan untuk membetulkan saluran faraj. Bagi pesakit yang lebih muda dan masih bercadang untuk meneruskan zuriatnya, pembedahan bagi menguatkan atau membetulkan saluran faraj boleh dilakukan.

Bagaimanapun, pembedahan merupakan jalan terakhir setelah lain-lain usaha seperti senaman dan penggunaan kaedah rawatan lain gagal memulihkan pesakit.  Kaedah lain yang dimaksudkan termasuklah penggunaan PSX iaitu sejenis alat bertujuan membantu wanita melakukan senaman atau kaedah rangsangan elektrik pada otot dan lantai punggung mengalami kegagalan.

Sementara itu, dalam kes-kes di mana pembedahan tidak dapat dijalankan terutamanya bagi wanita yang berumur dan mengalami masalah prolaps yang teruk, pesari menjadi pilihan.
Ia merupakan sejenis alat yang dimasukkan oleh pakar sakit puan ke dalam faraj wanita, lazimnya, pesari berbentuk cincin bagi mencegah rahim daripada jatuh ke bawah.

``Pesari yang telah lama digunakan secara meluas perlu ditukar setiap dua hingga tiga bulan sekali. Dalam setiap pemeriksaan, pakar sakit puan akan memeriksa sebarang perubahan faraj dan ulser kulit jika ada, menandakan pesari mungkin tidak lagi sesuai digunakan,'' kata Dr. Suresh.

Justeru, ujarnya, wanita yang menggunakan pesari perlu menjaga kebersihan faraj untuk mencegah jangkitan kuman. Tambahnya, jika seseorang itu secara perubatannya adalah sihat untuk menjalani pembedahan, kaedah itu (bedah) adalah lebih baik berbanding penggunaan pesari.

``Pembedahan bagi merawat prolaps adalah selamat dan berkesan dan dengan pakar-pakar berpengalaman, komplikasi boleh dikatakan sangat jarang berlaku. Pesakit juga tidak mengalami banyak kesakitan selepas bedah dan majoriti daripada mereka akan sembuh dengan cepat dan berupaya meningkatkan kualiti hidup mereka dengan ketara,'' katanya.

Dr. Suresh turut menasihatkan pesakit agar mengawal berat badan dan pemakanan serta rajin bersenam kerana kegemukan boleh menjadi pencetus prolaps.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Masalah ini ada kalanya berlaku tanpa kita sedari, ianya dapat dibantu dengan pemakaian set PB seharian kerana dengan sinaran FIR dan elemen-elemen sokongan yang terdapat dalam PB, ia membantu menaikkan/menetapkan rahim di tempat yang sepatutnya. Malah ia juga membantu mengesan kanser di awal pemakaian jika ianya diamalkan seperti disarankan (8 jam setiap hari).

Oleh demikian, melaburlah untuk memiliki PB. Prmoso REBET hingga 31 Disember shaja! Jangan lepaskan peluang anda!!

Melaburlah untuk kesihatan! 

Hubungi sha di 013 - 582 2505 or email littleonestore@yahoo.com, or bln PM di Facebook or blh juga isi form di atas dan sha akan hubungi anda segera!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...