Saturday, February 5, 2011

♥ Part I : My journey with PB (3rd time cesarean)


Sha telah selamat melahirkan putera ke-2 (anak ke-3) pada 100111 jam 8.23 malam. Kali ke-3 menjalani pembedahan memang agak mendebarkan! Tak tahula kenapa, debarannya lebih dari anak pertama dan kedua.


Seperti diketahui, pembedahan dilakukan di bahagian bawah perut secara melintang (horizontal incision). Rujuk gambar bawah sebelah kanan. Dan pembedahan dibuat di tempat yang sama untuk setiap kelahiran.



Gambar ini pula bagaimana anak dikeluarkan dari perut/rahim.



Mmg sha nekad, dalam berpantang kali ini, sha akan memakai Waist Nipper PB sebagai bengkung 'moden' sha. Mengimbas kembali, semasa bersalin anak pertama, sha kurang pengetahuan ttg bengkung. Mudah kata, takut berbengkung sebab banyak cerita yang didengar. Sampaikan bonda sha tegur, perut nampak terlalu menggelebeh disebakan lewat berbengkung.


Secara peribadi pun, sha rasa sukar nak menjaga tempat jahitan. Terasa lebihan perut akan senantiasa menutup jahitan dan mendatangkan rasa tidak selsa, ngilu dan takut. Nak bergerak pun terasa ragu-ragu. Akibatnya, proses mengemposkan perut mengambil masa yang agak panjang dan usaha yang gigih. 


Anak kedua, sha beli bengkung moden di pasaran. Namun, sha sukar menjaganya kerana warnanya yang cerah dan mudah nampak kotor. Malah kotoran akibat minyak yang dipakai sukar ditanggalkan.


Akhirnya, sha memutuskan untuk menggunakan set PB yang selama ini sha miliki. Mmg jika difikirkan, sepatutnya sha blh mengguna pakai set ini dari masa melahirkan anak yang pertama lagik. Tapi, bila ilmu dan kesedaran kurang, akibatnya kena tanggung sendiri.


Sha gunakan WN milik hubby sebab saiznya besar. Awal2 pemakaian, perlu pastikan WN berfungsi sebagai penyokong sahaja. Tidak perlu dipakai ketat2.. Sekadar menyokong perut agar tidak byk bergerak. Jadi sha pakai WN saiz 90 bermula cangkuk paling akhir. Dan rasa selesa menyusukan anak dan bergerak. 


~ ~ bersambung ~ ~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...