Tuesday, March 22, 2011

♥ Info ttg kanser payudara



Kanser merupakan silent killer di kalangan penduduk Malaysia. Bagi kaum wanita, kita amat terdedah dengan kanser payudara & pangkal rahim.

Premium Beautiful membantu mengesan kanser di peringkat awal, malah ia juga membantu mengesan penyakit ini andai dihidapi oleh pemakai.

Ramai di kalangan kita kurang peka dengan keadaan kesihatan diri. Mencegah adalah jauh lebih baik dari merawat. Oleh itu, tanyalah diri kita, sebanyak mana kita sanggup melabut untuk kesihatan diri. Gunakanlah kad kredit atau kemampuan kita untuk perkara yang bermanafaat. Pulangannya insyallah berbaloi-baloi.

Sha kongsikan maklumat ttg kanser di bawah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku di kalangan wanita).
Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.

Jika anda mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, sila berjumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran.
  • Ketulan yang tidak sakit
    • Di payudara atau ketiak
  • Ruam yang berterusan
    • Sekeliling puting
  • Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
  • Perubahan pada kulit
    • Bengkak dan menebal
    • Berlubang
    • Permukaan kulit yang berkedut
  • Puting tertarik ke dalam

Kebanyakan ketulan payudara dikesan oleh wanita itu sendiri.
  • Periksa payudara anda dengan kerap melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP).
  • Melalui pemeriksaan berkala anda dapat mengesan walaupun satu ketul yang kecil.

Apakah pemeriksaan sendiri payudara (PSP)?

PSP ialah pemeriksaan sendiri payudara mengikut langkah tertentu.










Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan risiko kanser payudara?

  • Mulakan PSP hari ini.
  • Buat PSP secara berkala
  • Makan makanan kurang berlemak khususnya lemak haiwan
  • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan serat.
  • Lakukan senaman yang mencukupi
  • Kekalkan berat badan yang unggul.
  • Sekiranya keluarga terdekat anda ada kanser payudara, lakukan ujian 'mammogram' awal.

Siapakah yang berkemungkinan mendapat kanser payudara?

Kanser payudara biasa berlaku di kalangan wanita. Walau bagaimanapun lebih kurang 5% berlaku di kalangan lelaki.
Berikut adalah wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara :
  • Selepas berumur 25 tahun dan selalunya berlaku semasa berumur diantara 45 – 55 tahun.;
  • Pernah mengidap kanser di sebelah payudara;
  • Keluarga terdekat sama ada ibu atau adik-beradik perempuan yang mengidap kanser payudara;
  • Tidak pernah mengandung atau mendapat anak pertama selepas berumur 30 tahun;
  • Mula haid awal atau putus haid lewat;
  • Ada penyakit tertentu berkaitan payudara. (seperti 'proliferative breast disease');
  • Faktor keturunan (seperti pembawa 'BRCA1, BRCA2, BRCA3');
  • Gemuk (IJB anda ≥ 27.5)
  • Mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak/kolesterol.

Mulakan langkah PENCEGAHAN DARI SEKARANG! Hubungi sha di 013-582 2505/ join sha dia FB (like kat fan page di sebelah kanan) atau email littleonestore@yahoo.com.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...