Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

♥ PB vs Slimming Center


Hi beautiful readers,


Hari ni sha nak kongsikan perbandingan antara pemakaian Prmeium Beautiful [PB] dan perkhidmatan Slimming Center. 


Tidak dinafikan, perkhidmatan yang disediakan di SC berkelas tinggi dan pastinya memerlukan pelaburan yang besar! Malah ada juga kes di mana pengguna tidak berpuas hati dengan perkhidmatan hinggakan menyaman pusat kecantikan.




Mari kita baca perbandingan ini dan renung-renungkanlah... (^_^)


Premium Beautiful
Slimming Center


PB fokus pada dua matlamat utama iaitu KECANTIKAN [30%] dan KESIHATAN [70%].


Pemakai akan mendapat 100% kombinasi sihat, cergas dan lansing cantik bersama PB!



Perkhidmatan SC hanya fokus kepada SLIMMING sahaja, tidak menjurus kearah kesihatan seperti membantu masalah kesihatan wanita sperti sengugut, tulang belakang dan sebagainya. 


Hasilnya dapat dilihat serta merta apabila pemakai mengenakan PB, ia akan menampakkan BODY SHAPE pemakai dan akan rasa MANTAP dan YAKIN!



Dah selesai sesi rawatan, akan dilihat/ rasa perubahan..


Pelaburan/belian hanya SEKALI SEUMUR HIDUP!! Warranty pun seumur hidup. 





Ulangan rawatan berkali-kali mengikut sesi yg ditetapkan. Meaning, kalau lepas rawatan berat naik, kena keluar lagik perbelanjaan..


Rawatan kecantikan dan kesihatan dilakukan setiap hari (tanpa sedar) kerana pemakai mengenakan PB selama 8 jam sehari..



Rawatan kecantikan (sahaja) hanya dirasai bila pergi ke SC.


Tidak perlu DIET!! 
Pemakaian PB secara automatik akan mengawal pengambilan makanan/selera pemakai! Secara tidak lansung, menjadikan portion dalam perut semakin kecil dan pengambilan makanan automatik kurang. 



Terlampau banyak pantang larang kerana ia majoriti berkhidmat as perunding. Jadual pemakanan amat ketat! Dan disebabkan dah keluarkan kos mahal, mestila nak kena ikut kan.. 


PB mampu membakar 900 kalori sekadar dengan pemakaian selama satu jam! Jika berlari 30 minit pun hanya membakar 350 kalori!



Kalori hanya dibakar semasa pelanggan menjalani rawatan di SC sahaja... 


Produk ini produk ABANG SAYANG!
Mencantikkan (body curve), menyihatkan, merapatkan, memantapkan, dan menggembirakan!!! PERCAYALAH!!



Belum lagi dengar orang kata hasil SC ni "ABANG SAYANG". 



Itu antara 'rahsia kehebatan' PB yang sha kongsikan untuk renungan. Pastinya kita as wanita, isteri dan ibu akan membuat pilihan BIJAK yang MENGUNTUNGKAN!!


Berminat? 
Blh hubungi sha di 013 - 582 2505 or email littleonestore@yahoo.com, or bln PM di Facebook or blh juga isi form di atas dan sha akan hubungi anda segera!




Tuesday, December 14, 2010

♥ Part I : Kanser



Nearly 70,000 new cases reported over two years; breast cancer remains the biggest threat

Nearly 70,000 new cancer cases were diagnosed among Malaysians in Peninsular Malaysia between 2003 and 2005, according to a report released in early 2008 on the incidence of the disease in West Malaysia.

The Cancer Incidence in Peninsular Malaysia 2003-2005 report, published by the National Cancer Registry (NCR), states that the total 67,792 new cases were diagnosed among 29,596 males (43.7 per cent) and 38,196 females (56.3 per cent). The annual crude rate for males was 100.2 per cent per 100,000 population, and 132.1 per cent per 100,000 for females.

The most frequent cancer during this period in Malaysians was breast cancer (18 per cent) followed by large bowel cancer (11.9 per cent) and lung cancer (7.4 per cent).




The most frequent types of cancer worldwide (in order of the number of global deaths) are:
  • Among men - lung, stomach, liver, colorectal, oesophagus and prostate
  • Among women - breast, lung, stomach, colorectal and cervical.
...............................................................................................................................

Tidak dinafikan, kematian disebabkan kanser semakin meningkat. Kanser payudara dan kanser pangkal rahim merupakan kanser yang sering menyerang kaum wanita. 


Premium Beautiful (PB) dengan sinaran FIR boleh membantu mengesan kanser dengan cepat. Pemakaian PB selama 8 jam mampu menunjukkan simptom-simptom kanser jika ianya ada wujud dalam badan pemakai. 


Pertama : Ia dapat dikesan dengan meneliti air basuhan set PB anda kali pertama, perhatikan kategori air basuhan di bawah :
  • Air basuhan berwarna KERUH / BIASA - normal
  • Air basuhan berwarna HITAM - menandakan TOKSIK terlalu banyak di dalam badan. Air yang berwarna hitam menandakan proses NYAH TOKSIK sedang belaku.
  • Air basuhan berwarna MERAH - SEGERALAH BERTINDAK! Jumpa doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut kerana ini menandakan ada tanda-tanda awal penyakit kanser di dalam tubuh anda!!
Kedua : Amati perubahan tubuh anda
  • Jika anda merasa sakit atau tidak selesa di kawasan payudara selepas mengamalkan pemakaian PB seperti disarankan (8 jam sehari), maka bertindaklah dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP) dan jika ada ketulan/benjolan. Segeralah berjumpa doktor. 
  • Jika terasa tidak selesa di kawasan rahim, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Ingatlah, kanser boleh dirawat jika dikesan AWAL!! Jadi, sayangi diri anda, melaburlah untuk berusaha mengekalkan kesihatan!

Berminat? 
Blh hubungi sha di 013 - 582 2505 or email littleonestore@yahoo.com, or bln PM di Facebook or blh juga isi form di atas dan sha akan hubungi anda segera!

Wednesday, December 8, 2010

♥ Rahim jatuh jejas hubungan kelamin


RAHIM, merupakan bahagian trek pembiakan wanita di dalam pelvis yang disokong oleh pelbagai otot, tisu dan ligamen agar tetap pada kedudukan asalnya.

Kewujudannya khusus untuk membenarkan embrio melekat pada dinding dalamnya dan membekalkan makanan yang berkhasiat kepada janin yang sedang membesar dari darah ibu.
Rahim yang tidak hamil berbentuk buah pear berukuran kira-kira 7.5 sentimeter panjang dan terampai di dalam kaviti pelvis.

Bahagian atasnya disambungkan ke dua tiub fallopio manakala bahagian bawahnya pula menyambungkan faraj kepada serviks.  Ada ketikanya, proses kehamilan dan kelahiran ataupun sebarang kesukaran yang dialami ketika bersalin menyebabkan otot-otot lantai pinggul menjadi lemah.

``Kehilangan hormon estrogen secara semula jadi menyebabkan rahim seseorang wanita itu jatuh ke dalam faraj dan kadangkala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini dikenali sebagai rahim jatuh (prolaps) di mana rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj,'' kata Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan sebuah hospital swasta di Pulau Pinang, Dr. Suresh Kumarasamy.

Walaupun prolaps tidak mengancam nyawa namun keadaannya yang teruk berupaya menjejaskan kualiti kehidupan pesakit seperti mengalami kesukaran berjalan.

Prolaps merangkumi beberapa peringkat:
* Peringkat awal; hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa
* Peringkat kedua; pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj
* Peringkat akhir; keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj turut dikenali sebagai tombong.

Ada pelbagai faktor yang menyumbang kepada prolaps terutamanya disebabkan oleh faktor usia dan proses melahirkan anak.

``Selepas menopaus, proses atropi atau kekecutan pada tisu, ligamen dan otot dalam jangka panjang akan menyebabkan prolaps akibat ketandusan hormon estrogen. Prolaps yang teruk sering berlaku pada wanita berusia lebih 60 tahun yang mengalami menopaus,'' katanya.

Kekurangan hormon yang menimbulkan kelemahan pada otot dan ligamen peranakan juga, ujar beliau, boleh berlaku ekoran pembedahan pembuangan ovari akibat penyakit-penyakit tertentu.

Selain itu, kata Dr. Suresh, kehamilan dan kelahiran juga boleh menyebabkan berlakunya kekenduran atau kelemahan pada semua tisu di sekeliling peranakan, khususnya otot lantai punggung yang biasanya memegang faraj dan mendukung rahim.

``Kelahiran yang memakan masa lama dan sukar sehingga memerlukan ibu meneran dengan kuat mungkin menyumbang kepada berlakunya prolaps.  Kelahiran normal atau menggunakan alat bantuan seperti penyepit iaitu forsep atau vakum juga berupaya merosakkan ligamen-ligamen dan otot di sekeliling faraj,'' katanya.

Faktor lain termasuklah kekoyakan semasa bersalin yang tidak dijahit terutamanya jika wanita bersalin di rumah.

Dr. Suresh berkata, bebanan yang berlebihan seperti semasa kehamilan mahupun ketumbuhan fibroid sekali- pun kecil, mampu memberikan tekanan kepada rahim untuk jatuh ke bawah.

Malah, ujarnya, tekanan pada perut yang dicetuskan oleh batuk kronik, sembelit, mengangkat bebanan yang berat serta obesiti turut menjadi penyumbang prolaps.  Dalam pada itu, sesetengah wanita akan mengalami masalah ini jika ada di kalangan saudara-mara mereka khususnya ibu, ibu saudara atau nenek mengalami masalah yang sama.  Kekenduran atau kelemahan otot dan tisu ini juga boleh dipengaruhi oleh tahap pemakanan dan kesihatan pesakit yang agak rendah berbanding mereka yang sihat.

Wanita yang mengalami masalah otot-otot rahim yang kendur boleh mengalami beberapa gangguan lain seperti:

* Gangguan kencing; kerap kencing, sukar hendak kencing dan paling ketara adalah sulit mengawal kencing di mana air kencing keluar dengan sendirinya.
Contohnya apabila bersin, batuk atau sebarang peningkatan tekanan dalam perut seperti ketawa berdekah-dekah, semput, batuk kronik dan lain-lain.

* Menjejaskan hubungan kelamin; kelonggaran faraj khususnya pada otot yang memegang faraj iaitu otot lantai punggung mengakibatkan kekuatannya untuk mencekang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit.

* Ketidakselesaan kerana rahim terkeluar daripada farajnya ketika berdiri atau banyak berjalan

* Sakit pinggang; rahim yang jatuh menarik otot dan turut menarik bersamanya urat di bahagian pinggang

* Gangguan kesihatan; dalam kes prolaps yang teruk di mana keseluruhan rahim terkeluar, sering kali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka.
Luka ini sering kali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.

Dalam jangka panjang, ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan malah ada sesetengah kanser pangkal rahim timbul daripadanya.

Dr. Suresh ditanya mengenai rawatan ataupun langkah pencegahannya berkata: ``Pencegahan terbaik adalah dengan tidak mempunyai anak tetapi sudah tentu ini bukanlah satu saranan yang praktikal kerana semua wanita inginkan zuriat.  Mengelakkan tempoh bersalin yang berlanjutan dan peralatan bantuan seperti forsep dan vakum mungkin langkah yang terbaik,'' katanya.

Beliau berkata, tisu badan khususnya tisu ligamen dan otot yang memegang faraj dan rahim yang menjadi longgar dan lemah selepas proses kehamilan dan kelahiran sememangnya tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun, pemulihan, walau tidak seratus peratus, boleh dicapai jika seseorang wanita itu mengamalkan senaman menguatkan otot-otot di sekeliling faraj dan lantai punggung seperti senaman kegel.

Di kalangan wanita Barat khususnya golongan profesional dan berpelajaran tinggi, menguatkan otot perut dan lantai punggung ketika hamil dan selepas bersalin sudah menjadi satu tabiat.  Senaman ini boleh dilakukan sewaktu hamil dan sejurus selepas bersalin tanpa perlu menunggu setelah habis tempoh berpantang.  Otot di sekeliling faraj akan menjadi lebih kuat seperti sedia kala jika diamalkan dalam kehidupan seharian.

Selain itu, kata Dr. Suresh, terapi penggantian hormon yang digunakan oleh wanita menopaus yang mengalami proses atropi juga dapat mengurangkan berlakunya prolaps.

``Rawatan prolaps bergantung kepada tahap keterukannya di mana pada tahap yang lebih lewat, hanya pembedahan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah kekenduran faraj dan prolaps. Contohnya, pembedahan histerektomi atau Manchester untuk membuang rahim melalui saluran faraj, biasanya disertai dengan pembetulan dinding depan dan belakang faraj,'' katanya.

Kes-kes prolaps yang teruk mahupun di kalangan wanita yang telah meningkat umur juga membabitkan pembedahan untuk membetulkan saluran faraj. Bagi pesakit yang lebih muda dan masih bercadang untuk meneruskan zuriatnya, pembedahan bagi menguatkan atau membetulkan saluran faraj boleh dilakukan.

Bagaimanapun, pembedahan merupakan jalan terakhir setelah lain-lain usaha seperti senaman dan penggunaan kaedah rawatan lain gagal memulihkan pesakit.  Kaedah lain yang dimaksudkan termasuklah penggunaan PSX iaitu sejenis alat bertujuan membantu wanita melakukan senaman atau kaedah rangsangan elektrik pada otot dan lantai punggung mengalami kegagalan.

Sementara itu, dalam kes-kes di mana pembedahan tidak dapat dijalankan terutamanya bagi wanita yang berumur dan mengalami masalah prolaps yang teruk, pesari menjadi pilihan.
Ia merupakan sejenis alat yang dimasukkan oleh pakar sakit puan ke dalam faraj wanita, lazimnya, pesari berbentuk cincin bagi mencegah rahim daripada jatuh ke bawah.

``Pesari yang telah lama digunakan secara meluas perlu ditukar setiap dua hingga tiga bulan sekali. Dalam setiap pemeriksaan, pakar sakit puan akan memeriksa sebarang perubahan faraj dan ulser kulit jika ada, menandakan pesari mungkin tidak lagi sesuai digunakan,'' kata Dr. Suresh.

Justeru, ujarnya, wanita yang menggunakan pesari perlu menjaga kebersihan faraj untuk mencegah jangkitan kuman. Tambahnya, jika seseorang itu secara perubatannya adalah sihat untuk menjalani pembedahan, kaedah itu (bedah) adalah lebih baik berbanding penggunaan pesari.

``Pembedahan bagi merawat prolaps adalah selamat dan berkesan dan dengan pakar-pakar berpengalaman, komplikasi boleh dikatakan sangat jarang berlaku. Pesakit juga tidak mengalami banyak kesakitan selepas bedah dan majoriti daripada mereka akan sembuh dengan cepat dan berupaya meningkatkan kualiti hidup mereka dengan ketara,'' katanya.

Dr. Suresh turut menasihatkan pesakit agar mengawal berat badan dan pemakanan serta rajin bersenam kerana kegemukan boleh menjadi pencetus prolaps.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Masalah ini ada kalanya berlaku tanpa kita sedari, ianya dapat dibantu dengan pemakaian set PB seharian kerana dengan sinaran FIR dan elemen-elemen sokongan yang terdapat dalam PB, ia membantu menaikkan/menetapkan rahim di tempat yang sepatutnya. Malah ia juga membantu mengesan kanser di awal pemakaian jika ianya diamalkan seperti disarankan (8 jam setiap hari).

Oleh demikian, melaburlah untuk memiliki PB. Prmoso REBET hingga 31 Disember shaja! Jangan lepaskan peluang anda!!

Melaburlah untuk kesihatan! 

Hubungi sha di 013 - 582 2505 or email littleonestore@yahoo.com, or bln PM di Facebook or blh juga isi form di atas dan sha akan hubungi anda segera!


Sunday, December 5, 2010

♥ Premium Beautiful (PB)


Mari kita kenali fungsi setiap bahagian Premium Beautiful.
Set yang berbaloi di miliki oleh setiap wanita mahupun lelaki yang memntingkan kesihatan dan keanggungan!



1. COLI PANJANG/ LONG BRA (LB)

Fungsi:

A. Bahagian Depan

  • Cawan coli dengan 3 keping jahitan stereoskopik dapat menolak atas, menyokong dan menetapkan kedudukan buah dada. Buah dada akan lebih anjal dan tidak jatuh.
  • Rawan keluli memori berfungsi untuk menetap dan menyokong buah dada. Kedudukan  buah dada kedap, tidak mudah bergoyang, nampak firm je.. :)
  • Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian depan coli dapat menyelaras perut yang buncit lalu meninggikan kedudukan kontur buah dada. Kawasan ini paling banyak mempunyai sinaran FIR (dijahit) bagi proses pembakaran LEMAK yang maksimum pada kawasan perut. Lemak adalah penyebab perut buncit dan mengeleber.
  • 2 batang keluli (kiri dan kanan di tulang rusuk) berupaya untuk menyelaras dan membentuk kontur badan. Ia membantu pembentukan badan (menjadi kon shape), memperlihatkan body curve yang menarik dan mantap. 
  • Bahagian atas cup coli direka menggunakan 'Lace 'Cup'. Ia mempunyai keanjalan yang dapat mengelakkan payudara dari melimpah keluar. Bagi ibu yang menyusukan bayi, ianya mudah ditarik ke bawah untuk mengeluarkan payudara semasa penyusuan. Sinaran FIR juga ada di bahagian ini , ia membantu agar air susu tidak menitis/berhenti disamping mengoptimumkan perkilangan air susu.

B. Bahagian Belakang

  • Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian belakang coli dapat menutupi bahagian belakang badan, ianya dapat menyelaraskan lebihan lemak pada bahagian belakang, mengatasi masalah berbadan besar. Kedudukan dan bentuk tali yang tidak mudah jatuh/kejap - yang mana kurang dititikberatkan oleh jenama lain.  Tali ini tidak menganjal dan tahan bertahun-tahun lamanya. Tidak meninggalkan bekas pada badan seperti memakai bra biasa. Menjamin keselesaan sepanjang hari. Tali bra boleh diketatkan atau dilonggarkan mengikut keselesaan pemakai. 
  • Rekaan bentuk ' U ' pada bahagian belakang coli bukan sahaja dapat menguruskan badan, malahan menambah kontur bahagian belakang pemakai.  Ia juga dapat menyerlahkan pandangan kurus (menipiskan lemak di kawasan belakang badan) dari belakang badan anda, ia juga membantu mempercepatkan pembentukan (shaping) belakang badan serta menambah kontur bahagian belakang. Lemak yang tebal boleh dihilangkan jika pemakai mengikut saranan pemakaian yang diberikan.
  • Perhiasan berlian berbentuk rama - rama menonjolkan keunggulan produk.
  • Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai. Pastikan seawal pembelian, anda menggunakan cangkul di bahagian pertama dan apabila pengecilan badan berlaku dan  anda berubah ke cangkuk terakhir - TAHNIAH memang banyak perubahan sudah berlaku keatas bentuk badan anda!


2.  BENGKUNG/ WAIST NIPPER (WN)

Fungsi:

A. Bahagian Depan

  • Tujuh batang keluli memori berfungsi menyokong pinggang dan menegakkan tulang vertebra. Ia berupaya memperbaiki postur berdiri dan duduk. Tulang-tulang ini sangat lembut dan mengikut bentuk badan yang secara tidak lansung menjamin keselesaan pemakaian sepanjang hari. Kesan pemakaian kimono pada wanita jepun ini di applikasikan keatas teknologi pembuatan bengkung premium beautiful. Ia bagi mengelakkan pemakai menjadi BONGKOK di hari tua (jika pemakaian bengkung diamalkan setiap hari - sekurang-kurangnya 8 jam). Bengkung juga membantu melenyapkan sakit pinggang/belakang.
  • Rekaan unik berdasarkan potongan rangka badan manusia, memperkuat pengagihan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian dada dan punggung secara rata, ini akan mencapai kesan pembentukan badan yang seimbang. Perut menjadi kemas dan rata. Amat sesuai juga untuk kaum adam/lelaki yang mempunyai masalah perut buncit/ lebihan lemak/menggelebeh / 'boroi'.
  • Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai. Ia membantu mempercepatkan pembakaran lemak degil. Rekaan yang mementingkan fleksibiliti menjamin kesan pembentukan berdasarkan kesesuaian badan individu/pemakai.

B. Bahagian Belakang

  • Tali kenyal yang diimport dari Jepun, berfungsi menyelaraskan kontur pinggang. Tali ini digunakan bagi mengemas dan merampingkan pinggang. Cara menggunakannya; tarik nafas sebelum menarik tali tersebut. Badan yang gemuk dan 'flabby' secara automatik menjadi ramping. Bagi yang tidak mempunyai shape pinggang, produk ini blh membantu anda memilikinya!!
  • Perhiasan berlian berbentuk rama ¨C rama menonjolkan keunggulan produk.




3. BENGKUNG SELUAR/ LONG GIRDLE (LG)

Fungsi:

A. Bahagian Depan

  • 32 kepingan jahitan stereoskopik, berdasarkan teori mampatan berserpihan, mengagihkan lebihan lemak ke arah bahagian badan yang bersesuaian.
  • Mengasingkan kontur peha dan pinggul, mengagihkan lebihan lemak pada peha ke dalam cawan pinggul dan membentuk kontur pinggul yang sempurna.
  • Diperbuat dari kain jenis kapas yang selesa pada bahagian dalam pinggang seluar dapat memperbaiki dan membentuk kontur pinggang yang mempesonakan. Renda eklusive tahan lasak dan kawasan sekitarnya sangat unik. Ia tidak akan terlipat/tergulung / tertarik keatas seperti masalah yang selalu dihadapi jika memakai long girdle jenama lain.
  • Perhiasan berlian berbentuk rama ¨C rama menonjolkan keunggulan produk.
  • Fabrik paling tebal bagi mampatan yang tetap ke atas abdomen dapat mengurangkan lebihan lemak dan memperbaiki masalah perut buncit. FIR paling tertanam/dijahit dikawasan ini. FIR akan membantu memaksimumkan proses pembakaran lemak yang terkumpul (tebal) di kawasan perut. Hasilnya perut yang kempis dan tidak menggeleber.
  • Rekaan mampatan 2 lapisan berfungsi menyelaraskan lemak pada sekitar peha, membentuk kontur peha yang menarik.
  • Penggunaan 2 lapisan kain kapas berlubang kecil berfungsi untuk memberi keselesaan. Ia juga dikenali sebagai jaringan cinta / lubang angin - memberi kesan selesa yang berpanjangan, mengawal keputihan, fungus dan bau yang tidak menyenangkan. Anda akan sentiasa rasa 'hygenic'. Di awal pemakaian, jaringan cinta ini akan menarik keluar semua keputihan dari faraj dan merawat masalah ini secara berperingkat.    
B. Bahagian Belakang

  • Rekaan dan jahitan unggul cawan pinggul berbentuk 'love shape' nipis untuk membentuk pinggul yang seksi lagi montok dan menaikkan pinggul (uplift).
  • Penggunaan renda yang fleksibel, mengelakkan perasaan tidak menyenangkan akibat pergeseran dengan benang seluar.
  • Mengasingkan kontur peha dan pinggul, mengagihkan lebihan lemak pada peha ke dalam cawan pinggul dan membentuk kontur pinggul yang sempurna.

Ternyata, setiap piece Premium Beautiful mempunyai kebaikan dan fungsi yang tidak dapat dinafikan manafaatnya. 


Berminat? 
Blh hubungi sha di 013 - 582 2505 or email littleonestore@yahoo.com, or bln PM di Facebook or blh juga isi form di atas dan sha akan hubungi anda segera!

Thursday, December 2, 2010

♥ Keputihan


Kenali warna-warna keputihan / lelehan faraj.


Ketahui Gejala Penyakit Melalui Warna Lelehan Faraj 


Anda boleh mengetahui penyakit yang mungkin dialami melalui warna lelehan faraj. Semoga keterangan lanjut INTAN JASTINA JAMALUDDIN yang mendapatkan pandangan daripada doktor pakar perbidanan dan sakit puan, Dr. Mohamed Rafi Mohammed Feizal dari pusat perubatan Umra, Shah Alam dapat membantu.


Tanda-tanda penyakit akibat daripada keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar saat keputihan berlangsung. Namun, perlu anda ketahui bahawa tidak semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.


Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh kulat. Ini termasuklah wanita hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stress ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.


1. Jernih
Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu subur atau apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stres. Malah, keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.


2. Putih
Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda menderita jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.


3. Putih Pekat
Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamanya ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.


4. Coklat
Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.


5. Merah muda
Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.


Warna-warna lain


1.Kelabu
Apabila lelehan berwarna kelabu dengan garis darah, berair, sangat banyak dan berbau busuk, anda perlu lebih prihatin dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor kerana ia berkemungkinan petanda awal kanser.


2. Kuning kehijauan
Jika lelehan yang keluar berupa kuning kehijauan, berbuih, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan sakit di sekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan
yang disebabkan oleh kuman protozoa trichomonas vaginalis.


3. Kuning
Jangkitan yang disebabkan oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaku apabila lelehan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan; sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air kecil.


Jika anda mengalami gejala keputihan seperti ini, segeralah berjumpa dengan doktor kerana rawatan khusus harus dilakukan segera bagi mencegah komplikasi yang lebih teruk. Komplikasi yang dimaksudkan sering berlaku apabila kuman mula menyerang serviks. Komplikasi jangka panjang yang lebih ngeri ialah anda mungkin mengalami masalah mandul organ peranakan terutamanya tiub fallopio rosak.


Sekiranya anda beranggapan keputihan yang dialami tergolong sebagai abnormal, maka segeralah bertemu doktor. Namun, pastikan sebelum bertemu dengannya, anda tidak membersihkan vagina dengan sabun pencuci atau apa-apa jenis pencuci pun. Hal ini penting agar doktor dapat melihat keadaan sebenar keputihan.


Selanjutnya, anda akan diberi rawatan yang bersesuaian dan dipantau perkembangannya. Dalam sesetengah kes, sekiranya masalah keputihan yang dialami berulang biarpun rawatan telah diberikan, suami pun perlu sama-sama menjalankan pemeriksaan untuk mengetahui punca sebenar keputihan yang dialami. Hal ini penting untuk dilakukan kerana punca keputihan yang anda alami mungkin berpunca daripada beliau.


Info : Antibiotik yang diambil ketika sakit akan menghapuskan sekali gus bakteria baik dan jahat. Untuk mengembalikan kewujudan bakteria baik dalam tubuh, anda digalakkan untuk mengambil yogurt atau minuman berkultur yang mengandungi banyak lactobacilus.


sumber - www.majalahpama.com.my

Monday, November 22, 2010

♥ Kategori Gemuk ♥


Menjadi impian setiap individu yang mempunyai berat badan berlebihan untuk mencari cara menjadi kurus dengan CEPAT dan MUDAH! Yang selalu menjadi persoalan ialah, kesan sampingan, keberkesanan dan juga tindakbalas produk yang digunakan.

Premium Beautiful amat MUDAH merupakan pakaian dalam yang sememangnya menjadi keMESTIAN setiap wanita untuk memakainya SETIAP hari!



Mari kita kenali jenis-jenis kegemukan mengikut kajian:

Gemuk Air
• Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.


Gemuk Angin
• Perut terasa sebu selalu menghadapi kesukaran membuang angina (kentut/sedawa).
• Mudah mendapat sakit kepala/pening.

Bagaimana mengetahui bahawa anda GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN?
>> Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik. <<

Gemuk Daging
• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat apabila melakukan tugas harian.
• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angina.
   ** INI kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut diet yang disarankan.

Bagaimana mengetahui bahawa anda GEMUK DAGING?
>> Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat. <<


Individu dalam kategori gemuk air dan gemuk angin MUDAH  untuk menurunkan berat badan TETAPI gemuk daging mengambil sedikit masa untuk menghilangkan berat badan. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.



KELEBIHAN PREMIUM BEAUTIFUL:

PB, dengan sinaran FIR akan menembusi kulit epidermis anda hingga 6-9 cm. FIR berfungsi untuk membakar, mencairkan serta mengeluarkan lemak secara semulajadi dalam bentuk perpeluhan, membuang air besar atau kecil dengan kesan minyak tanda lemak-lemak did alam badan telah dipecahkan/dicairkan.

Oleh itu, tidak kira saiz badan anda, dengan PB anda mampu merealisasikan impian anda untuk mendapatkan berat badan IDEAL! Jadikan hidup anda lebih sihat, cantik dan anggun!

For details : 013-582 2505
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...